Tuesday, September 30, 2008

Senangkanlah Hatimu

Oleh: Al-Anisah Mai
Di hadapan tugu kesedihan, berdirilah seorang pemimpin besar, sedang berpidato di hadapan beribu-ribu umat. Di antara isi pidatonya antara lain:

"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, peyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian".

Kalau engkau dermawan, senangkahlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya. Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikkan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingg hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya. Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya dari penyakit mentingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang. Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.

Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaitu kesihatan dan kesakitan.

Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang trang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingg menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya mata sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam" "Adalah", sehingga dia pun "Ada".

Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau,tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah. Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagiu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan. Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa 'sial-dangkal', maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yan gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belaskasihanNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Merasa tenteramlah!

Demikian bunyi padato itu.


***

Pemimpin itu telah habis pidato dan khutbahnya telah selesai; 79 orang telah bersurai hendak menuju hidupnya masing-masing. Tetapi kulihat beberapa jamaah masih tinggal di sana, berdiri di kaki tugu yang tinggi itu, sedang menangis dan meratap. Padahal orang lain yang lal dekat mereka, sedang tertawa terbahak-bahak. Tiba-tiba kelihatan berdiri di dekatku bayang-bayang dia melihat kepadaku dengan rupa hendak bertanya. Dia pun berkata:

"Saya ini adalah semangat dari pidato yang diucapkan pemimpin tadi. Saya datang ke mari merupakan diri hendak melihat bekasku pada hati manusia yang mendengarkan daku"

Kalau begitu engkau pun tahu apakah sebabnya orang-orang itu menangis! Kataku.

"Mereka menangis, kerana inilah dinding ratap".

Mengapa mereka meratap mengapa itu disebut dinding ratap apakah mereka itu orang Yahudi? Apakah kita sekarang di Jerusalem? Tanyaku.

"Kemanusiaan pun berdinding ratap pula, seperti Yahudi mempunyai dinding ratap, tempat dia menangis dan menanyakan sesal". Jawabnya.

Mengapa mereka menangis dan meratap sesudah mendengar pidato yang amat bererti dan penuh harapan, pidato yang menyatakan bahagia sejati itu?

Dia menjawab:

"Sebahagian orang menangis kerana belum pernah mendengar pidato begitu. Setengahnya menangis lantaran telah pernah mendengar tetapi belum mengambil faedah daripadanya. Setengahnya lagi menangis lantaran telah pernah mendengar, telah pernah pula mengamalkan; sekarang dia meratapi nikmat yang telah hilang daripadanya, kerana dia tak kuasa memegang teguh, sebab kencangnya ombak dan gelombang yang memukulnya, dari kenikmatan kepada putus pengharapan. Yang lain pula menangis lantaran melihat orang lain menangis. Demikian jika sekiranya orang lebih banyak juga tertawa, tentu dia akan turut tertawa pula. Yang lain menangis untuk memperlihatkan kepada umum bahawa dia ada menaruh perasaan halus. Ada pula yang menangis kerana di dinding yang telah runtuh-runtuh itu dilihatnya cita-cita yang patah; orang ini tukang meratapi barang yang rosak, tukang menyadar pusaka lama dan benda kuno.

Orang-orang yang mempunyai otak sempit, yang tak mahu mengakui kalau mereka tak mengerti, dan kalau mereka mengerti sekalipun, kerana mereka hanya mencari kalau-kalau ada yang salah dan tergandeng. Orang ini lebih patut dikasihi daripada orang yang menangis itu.

Nun di sana! Kataku lagi. Ada pula saya lihat dua orang tegak berdiri, tidak menangis dan tidak tertawa. Seorang lelaki dan seorang perempuan, keduanya berjalan dengan langkah yang tetap, berbimbing-bimbingan tangan, mukanya ditekurkannya, matanya menunjukkan bahawa mereka sedang keras berfikir. Siapa pulakah yang berdua itu? Tanyaku.

Dia pun menoleh kepada kedua bayang-bayang orang itu seraya berkata:

"Yang berdua itulah bumi yang subur, itulah lilin kesucian yang memberi terang. Yang berdua itulah yang memahamkan, sebab itu mereka beroleh faedah!".

Dengan hati duka nestapa aku berkata: Sayang, begitu indah pidato yang diucapkan, begitu meresap ke dalam jantung, begitu banyak pula orang yang mendengar, cuma... cuma berdua orang mengambil faedah.

Mendengar itu timbullah cahaya yang ganjil, cahaya yang datang dari langit tergambar pada wajah bayang-bayang itu, dan berkata:

"Bukan begitu, bahkan inilah pidato yang sangat berfaedah, pidato yang meresap ke hati kedua bayang-bayang tadi. Itu pun pusaka mahal utuk segenap masa, pada kedua fikiran itu barang kuno akan diperbaharui. Lantaran cahaya yang datang dari pelajaran itu, sirnalah keonaran dan kebusukan, timbullah cahaya yang hidup dari matahari falak dan matahari otak. Itulah pidato yang bererti, itulah pidato yang berharga...".

Tiba-tiba bayang-bayang ini pun pergilah!

Pergi menurutkan awan dari bayang-bayang khayal tadi, dirangkulnya kedua bayangan itu ke dalam dua sayapnya yang lunak dan halus, dibawanya keduanya terbang membumbung tinggi ke angkasa dalam pemeliharaan dan perlindungannya.

Sebab-sebabnya Orang Celaka

(Menurut keterangan Prof. Sheikh Yusuf Dajwi)


1. Menghambur-hamburkan Harta.

Berbelanja lebih dari penghasilan, sehingga mati rasa kemanusiaan dan kesopanan. Semuanya perlu kepaa wang, padahal wang tak cukup. Akhirnya di cari dari segala macam sumber, walaupun tak halal. Kadang-kadang suka menempuh kehinaan, kerendahan dan kecelakaan di mata orang yang banyak. Tak mengapa, asal dapat wang.

2. Boros.

Sebabnya lantaran fikiran lemah, tak pandai mengatur keperluan hidup sehari-hari. Lantaran itu faedah tak diperoleh, tiap hari mengeluh. Tidak memikirkan yang di belakang, hanya memikirkan yang ada sekarang saja.

3. Membuang Masa.

Tak pandai membagi waktu. Sebab itu hendaklah orang mengadakan peraturan untuk menjaga perjalanan dirinya sendiri. Jangan dipercaya hati sendiri yang berkata bahawa dia tak perlu diatur. Kerana diri itu biasanya memang tak mahu turut peraturan, sehingga tidak difikirkan bahaya yang akan menimpa. Ketahuilah bahawasanya umur manusia yang sangat pendek itu akan sangat panjangnya, kalau pandai mengatur diri dan pekerjaannya. Yang memendekkan umur, walaupun hidup di dunia seratus tahun, ialah tak pandai mengatur pekerjaan dan diri.

4. Kurang Didikan Agama.

Tidak mendapat didikan agama dalam rumahtangga di waktu kecil. Ayah bonda gelap terhadap agama sebab itu rumahtangga pun gelap. Yang terdapat dalam rumah hanya pengaruh kebendaan belaka. Rumahtangga begini tentu tidak akan dapat menurunkan kepada anak-anaknya, selain dari kegelapan pula.

5. Kurang Interaksi Antara Ibu Bapa Dan Guru

Pendidikan sekolah tidak sejalan dengan masyarakat atau putus hubungannya dengan rumahtangga. Tak ada kerjasama di antara guru dengan orang tua murid.

6. Kekurangan Bahan Bacaan

Kurangnya buku-buku bacaan yang teratur, yang dapat menyelaraskan perkembangan rohani dan jasmani.

7. Kurang acaan Bercorak Agama

Kegelapan dalam rumahtangga, ditambah dengan bahan pelajaran dalam sekolah yang tidak ada hubungannya dengan moral agama, ditambah pula dengan pembacaan yang kacau-balau, menimbulkan kesan pada masyarakat. Tidak tahu lagi ke mana tujuannya. Segala sesuatu tinggal menjadi perhitungan benda. Maka terdapatlah kekacauan dalam segala segi bagi hidup. Tak tahu lagi ke mana kita akan dibawa.

8. Pembahagian Kerja Tidak Mengikut Kemahiran

Tidak terdapat pembahagian kerja yang teratur dalam masyarakat. Kerana orang tak tahu diri. Semuanya berduyun mengejar pangkat, menjadi pegawai. Ayah menyerah anak ke sekolah, kerana mengharap bila keluar menggondol diploma kelak, dia aan menjadi orang berpangkat. Meskipun kecenderungan anaknya bukan ke situ. Maka terdapatlah masyarakat yang berat seebelah. Orang berduyun lari ke kota ingin jadi pegawai. Timbul benci kepada pertanian, padahal orang kota itu tidak akan hidup, kalau tidak ada pertanian. Bilamana orang disuruh memasuki gelanggang yang bukan gelanggangnya, tidaklah pekerjaannya akan dapat sempurna dikerjakannya. Maka dalam segala lapangan, terdapatlah pekerjaan yang dikerjakan dengan setengah hati. Bukan sedikit akibatnya, yang menyebabkan terhalangnya pembangunan.

Itulah penyakit yang paling besar sekarang menyerang bangsa kita, sehingga di dalam segala hal mereka tak dapat berjuang hidup. Inilahyang akan diubah, iaitu diturunkan aliran pendidikan zaman baru. Kirimkan kepada didikan berniaga, anak yang memang kesukaannya berniaga. Kirimkan belajar tani, anak yang suka pertanian, supaya nanti dia menjadi seorang tani yang berharga. Kirimkan menuntut ilmu yang tinggi anak yang memang sudah kelihatan lebih suka berenang dalam lautan ilmu dan supaya dia beroleh bahagia di dalam pekerjaan.

Menurut pepatah:

"Kalau engkau tak sanggup mengerjakan sesuatu, tinggalkan, dan pindah kepada yang lebih engkau sanggupi".

(Sekian keterangan Sheikh Yusuf Dajwi).

Keterangan ini sesuai benar dengan sebab-sebab kecelakaan bangsa kita, lantaran didikan, ini salah, jauh dari langkah kemuliaan dan kebahagiaan.

Segolongan bangsa kita menyerahkan anaknya ke sekolah dengan niat supaya dia esok jadi pegawai tinggi, makan gaji, jadi buruh. Padahal tanah yang akan ditanaminya, masih amat luas. Tertanam ke dalam hati anak itu, bahawa bercucuk tanam itu adalah pekerjaan orang kampung, bukan pekerjaan orang kota. Sekarang alat-alat tukang tulis yang perlu sudah lengkap, buruh-buruh tulis yang dikeluarkan tiap tahun sudah berlebihan dari yang berguna, hasil tanah masih tetap dipungut orang lain, dan anak tadi, dan bangsa seluruhnya, dan segenap masyarakat jatuh ke dalam kecelakaan.

Setengahnya pula, padahal naknya sudah berniaga, dipaksakan mengaji ke surau supaya jadi kyai. Akhirnya beratus-ratus dan berribu tiap tahun orang ke luar mengaji, yang sampai jadi orang alim hanya seorang dalam seribu, ke mana yang 99 orang bukan ke sana aliran rohnya. Penyakit ini kian sehari kian nyata.

Setelah tanah air merdeka, 'pekerja' pejabat masih terdapat. Pemuda berduyun pergi belajar, supaya mudah bekerja makan gaji. Padahal dalam negara merdeka, setiap orang harus mengisi setiap lapangan. Tidak hanya semata jadi buruh.

Orang tak tahu bahawa segala jenis pekerjaan, bertani atau bertukang, jadi buruh atau jadi orang alim, jadi filosof atau jadi tukang sapu jalan, tukang rumput atau penjual cili, semuanya itu bersandar yang satu kepada yang lain. Tak ada kepala kalau tak ada jurutulis. Tak ada tuan tanah, kalau tak ada kuli. Tak ada mahaguru kalau tak ada mahasiswa. Yang satu tidak lebih mulia lebih aman dari hati seorang raja. Yang akan berhasil ialah orang yang bekerja menurut kecenderungan jiwanya, menurut bentuk yang telah dituangkan Tuhan ke dalam jiwanya sejak dia dilahirkan.

yang utama di antara semuanya ialah yang melakukan tugasnya dengan insaf dan sedar.

Seperti kata Aristotles:

"Mengerjakan apa yang engkau sukai tidaklah penting. Yang penting ialah menyukai apa yang engkau kerjakan".




Mengundurkan Diri (Pesimis)

Pesimis, ertinya tak punya harapan, hilang kepercayaan kepada alam dan hidup. Sebab dilihat bahawa tidak ada harapan kebaikan daripadanya. Terutama dari kehidupan itu sendiri. Semuanya hanya sia-sia, semata-mata sia-saia. Keindahan, kesempurnaan hanya ada dalam cita-cita. Tidak berjumpa dalam alam nyata. Bagaimanapun menghabiskan umur, mengurus dunia ini,tidaklah ada yang akan beres. Selama hawa nafsu manusia masih ada, dan syaitan masih ada, janganlah harap akan mendapat keberesan. Nafsu serta syaitan itu tidaklah dapat dibunuh, sebab dia ada dalam kehidupan manusia itu sendiri.

Orang mengatakan dunia mesti damai. Tetapi tak akan ada selama masih ada pertentangan kepentingan di antara aku dan dia. Orang merebut kekuasaan, dengan semboyan mencari keadilan. Padahal merebut kekuasaan itu sendiri, terbukti tidak akan berhasil, kalau melalui jalan keadilan. Katanya, bangsanya yang beradab, harus mendidik bangsa yang tidak beradab. Sebab itu negeri yang dikatakannya bangsa tidak beradab itu dijajahnya, dan menjajah itu adalah puncak setinggi-tingginya dari perangai tak beradab dari bangsa yang mengaku sangat beradab.

Negara sekutu yang menang dalam Perang Dunia kedua menghukum gantung pemimpin-peminpin Nazi Jerman, yang dituduh penjahat perang. Mereka tidak dapat berkata, sebab sebelum dihukum, hukuman itu telah ada! Kalau mereka yang menang, tentu pemimpin-pemimpin sekutu yang akan dituduh penjahat perang.

Apa yang ada di dunia ini?
Benar dan salah?
Bukan!
Yang ada hanyalah:
"MENANG dan KALAH".

Buat mengubati hati lantaran pandangan gelap, orang dianjurkan masuk salah satu agama. Apa sebetulnya yang ada dalam kalangan agama itu? Perselisihan dan pembunuhan. Perang Salib di Palestin, kerana agama. Perang 80 tahun katholik dan protestan dan di Eropah kerana agama. Agama ternyata hanya alat untuk mencapai kekuasaan. Seorang diktator besar, seperti Napoleon menawan Paus. Kemudian Paus itu perlu baginya, untuk menyaksikannya menjadi Kaisar. Sebab itu Paus dipergunakannya kembali.

Ah, bohong semua!

Hidup perseorangan pun demikian. Tidak ada sebab buat besar hati, buat baik sangka dan memandang indah hidup ini. Di mana letaknya yang akan dapat menyenangkan hati di sini? Bertambah tumbuh akal, bertambah banyak yang sulit. Di waktu usia muda, tenaga cukup dan semangat berkobar, tetapi isi belum ada. Setelah tua, pengalaman telah mengisi peribadi. Tetapi tanaga tak ada lagi.

Kesenangan?

Masa Kesenangan di sini?
Kesenangan tidak pernah terasa. Kesenangan hanya pasif belaka. Yang terasa ialah kesakitan. Ketika sakit, kita tidak dapat menafsirkan, apa erti kesihatan itu. Setelah sakit, ertinya setelah kesihatan itu tak ada lagi, baru kita teringat kepadanya.

Pemerintahan?

Apa erti pemerintahan?

Pemerintahan adalah susunan masyarakat, yang terpaksa diadakan, dengan segala tipu dayanya, janji dan janji dan main-main. Terpaksa diadakan, kerana tidak ada yang lebih baik dari itu lagi.

Diktator diburukkan, sebab sewenang-wenang orang seorang. Lalu diganti dengan demokrasi. Kemudian ternyata demokrasi pun mempunyai keburukkan yang lain pula, yang berbeza dengan keburukan diktator. Tetapi sama ada buruknya.

Berusaha dalam hidup pun, apalah gunanya dipersuguhi. Hidup ini hanya main-main belaka. Engkau Lebai dan Pak Kyai membaca "Subhanallah", kemudian menyerukan bersedekah bagi dirinya untuk membelanjai anak isterinya. Tukang potong kerbau pun demikian. Membaca "Bismillah", dengan nama Allah, lalu sapi dan kerbau dipotongnya.

Itulah beberapa contoh bayangan dari perasaan Pesimis di dalam hidup ini. Payah pula membantahnya dan banyak pula penganutnya.

Schopenhauer, Tolstoy; (terhadap pemerintahan).

Nietsche dan beberapa ahli fikir yang lain, membuka pesimisme itu dalam falsafahnya.

Demikian juga Abul Ula Al Ma'ry dalam falsafah Arab.

Ahli-ahli tasauf banyaklah yang mempunyai aliran pesimis.

Dunia hanya tipu daya. Dunia hanya main-main:

Kupas dasun di dalam belanga
rama-rama bertali abuk
Upas racun kiranya dunia
makin lama makin memabuk


Menolak sama sekali pesimis itu tidak boleh. Itu adalah kenyataan. Di sinilah manfaat agama bagi orang yang beriman. Percaya akan adanya Allah dan hari kemudian. Dunia ini gelap gelita, khayal, tipu daya. Tetapi kita tidak akan sunyi dari berbuat baik, sebab bukan di sini kita akan meminta ganjar balasan. Kita percaya ada lagi kehidupan di balik ini yang lebih kekal.

Kita percaya ADA yang lebih sempurna (Kamal), ada yang lebih Mulia (Jalal), ada yang lebih Indah (Jamal). Sebab itu ambillah dunia tempat menanam dan mengetamnya adalah di akhirat. Bersihkanlah pendirian peribadi, kerana dia adalah cahaya yang tidak akan padam, sejak hidup sekarang, sampai kepada hidup nanti, di belakang mati.

Orang beragama pun dengan sendirinya ada yang pesimis terhadap dunia. Lantaran sangat pesimisnya, dia pun menjadi optimis, menjadi percaya akan adanya hidup yang lebih sempurna itu. Dia optimis sebab pesimis! Kalau tidak begitu, apa jalan lain lagi. Apa faedah dari suatu pesimis yang tidak diberi hujung? Yang Indah, Yang Adil, Yang Benar dan segala Yang Maha Sempurna itu ADA. Kalau tidak ada, mengapa DIA ada dalam fikiran kita? sepesimis-pesimisnya hidup kita, namun di sudut yang lain, kita masih mengakui adanya yang lebih baik.

Itulah perlunya IMAN dalam menghadapi hidup.

Dan pesimis tanpa iman, adalah celaka.


Benci

Segala sesuatu ada buruk dan baiknya. Sekiranya kita melihat alam atau manusia dengan mata kebencian, tidak akan terdapat dalam alam barang yang tidak tercela.

Matahari begitu berfaedah membawa terang. Orang pembenci tak dapat menghargai matahari lantaran panasnya. Bulan begitu indah dan nyaman. Orang pembenci hanya ingat bahawa bulan itu tidak tetap memberi cahaya, kadang-kadang kurang. Bagi pembenci tidak ada kebahagiaan. Tidak ada pengarang yang pintar, tidak ada pemimpin yang cakap, tidak ada manusia yang baik, semuanya ada cacatnya.

Lain halnya dengan orang yang memandang alam atau manusia dengan cinta. Diakuinya bahawa manusia dan alam seluruhnya adalah barang yang dijadikan Tuhan, ertinya barang yang sah disebut alam, lantaran ada cela dan kekurangannya, mereka melihat manusia dan alam dengan mata kepujian. Kalau ada celanya, dia tidak memperdulikan cela, atau kalau diperdulikannya juga, bukan dihina dan direndahkannya, tetapi diperbaikinya sekadar tenaganya, dengan tak melupakan bahawa dirinya sendiri pun penuh cela.

Orang yang masuk ke sebuah rumah yang indah, keadaan rumah itu akan didapatnya menurut ukuran hatinya seketika dia masuk. Jika dia masuk dengan rasa kecintaan, elok dipandang matanya apa yang tersusun teratur dalam rumah itu. Kalau ada terdapat cela satu dua, dilipurnya atau dimaafkannya. Tetapi kalau masuk dengan kebencian, tidak kelihatan keindahan susunan dan aturan, yang kelihatan ole orang yang cinta tadi. Mataya manjalar ke dinding, melihat kalau di sana ada jaring lawah, menjalar ke dapur, kalau-kalau piringnya ada yang tak basuh. Bila dia keluar, aib itulah yang tinggal dalam hati dan matanya.

Berapa orang mendengar padato. Pidato yang didengarnya itu akan berkesan ke dalam dirinya menurut ukuran penghargaannya. Orang yang datang hendak mengutip dan mencari kebaikkan dari pidato itu, akan pulang membawa hasil yang menyenangkan. Tetapi yang datang mencari-cari kalau ada pidato ituyang salah membenci yang berpidato itu di luaran. Membaca tulisan walaupun bagaimana keras dan panas isinya, tidaklah menyakitkan hati kalau cinta telah ada kepada penulisnya. Tetapi meskipun tidak keras, biasa saja, kalau lebih dahulu telah ada perasaan hasad dengki, bukan main besar kesannya kepada hati si pembenci dan pengengki itu. Dia merasa saja bahawa dia disindir!

Demikianlah perumpamaan pendapat manusia di dalam gelanggang hidup. Bentuknya tercipta menuntut warna penghargaan sipemiliknya. Berbagailah yang timbul ketika memberi keputusan. Ada yang mengatakan baik, sebab sayan, ada yang mengatakan buruk, sebab benci. Berbagai ragam keputusan menurut pengalaman, ilmu dan penyelidikan.

Di sini dapatlah kita melihat, bahawa bahagia dan celaka itu hanya berpusat kepada sanubari orang, bukan pada zat barang yang dilihat.

Bagi kebanyakan orang, masuk penjara menjadi kecelakaan dan kehinaan, bagi setengahnya pula, menjadi kemuliaan dan kebahagiaan.

Kata Ibnu Taimiyah:

"Bahawasanya di dunia ini ada suatu syurga. Barangsiapa yang belum pernah menempuhnya, tidaklah dia akan menempuh syurga yang di akhirat".

Katanya pula:

"Apakah yang akan dilakukan oleh musuh-musuhku kepadaku? Syurga dan jannahku ada dalam dadaku. Kemanapun, aku pergi, dia iut dengan daku. Jika engkau dimasukkan orang ke penjara, adalah itu khalwatku. Kalau aku diusir dari negeriku, adalah ganti aku bertemasya.

Jikalau aku keluarkan emas sepenuh benteng tempat aku dipenjarkan itu, akan jadi derma, belum juga dapat aku hargai kesyukuranku kepada Tuhan, lantaran nikmatNya yang begini.

Aku bukan terpenjara, sebab orang yang terpenjara, ialah yang dipenjarakan hatinya ditengah perjalanan mencari Tuhannya. Aku bukan orang yang tertawan ialah yang ditawan kerana hawa nafsunya.

Orang begini sukar ditimpa celaka!

Bertemulah dalam alam orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmatNya sedang di lain pihak menyesal kepada Allah, kerana merasa nikmat itu belum cukup. Maka ramailah orang yang merasai sangat bahagianya, padahal dia dalam penjara, atau dalam rumah sakit. Banyak orang yang merasai celaka, padahal dia dalam sebuah gedung yang indah.

Bodohlah orang yang terbentang di hadapannya barang yang baik dan yang buruk, lalu dipilihnya yang buruk, kemudian dia meratap sebab telah memilih yang buruk, kemudian dia meratap sebab telah memilih yang buruk. Tidak ada yang lebih bodoh daripada perasaan benci itu. Padahal sifat alam kalau hendak dikaji selidik, tidak ada yang sempurna menurut khayalan kita. Lantaran kekecewaannya, kebencian tumbuh, hati patah, lupa bahawa yang cukup dan sempurna hanya Allah. Bukan orang lain yang sakit lantaran itu, delainkan dirinya sendiri, namun alam akan tetap keadaannya demikian.

Sebab itu hapuskanlah sifat benci, gantilah dengan sifat cinta. Sehari pergantian itu, warna alam herubah dengan sendirinya, pada pandangan kita.

Sekarang tahulah kita apa takwilnya dendang ibu seketika menyanyikan anaknya semasa dalam ayunan. Katanya:

"Anak kandung jangan menangis, orang penangis lekas rabun, orang penggamang mati jatuh, orang pemarah tanggl iman, pehiba hati lekas tua".

Pendapat Akal Yang Salah

Setelah selesai menerapkan tentang bahagia yang spanjang itu, mengandung bermacam-mcam falsafah dan buah penyelidikan dan pengalaman manusia, dipatrikan oleh semangat agama, sekarang tibalah saatnya kita bicara tentang lawan bahagia iaitu celaka.

Sebab-sebab orang celaka timbul daripada tiga perkara:

  • Pendapat akal yang salah.
  • Rasa benci.
  • Mengundurkan diri.

Pendapat Akal Yang Salah

Kerapkali akal itu salah menghitung apa yang dibseut bahagia, atau salah memilih jalan menuju kepadanya. Ada yang menaksir jalan itu terlalu panjang, atau terlalu pendek. Mereka sangka bahagia yang sejati adalah dengan satu bentuk langkah yang tentu, kalau tidak begitu bahagia tiadakah didapat. Segala halangan dan rintangan di tepuhnya, tidak peduli bahaya apa pun. Tidak bercerai dia dari kesusahan dan kesulitan sejak mulai melangkah. Setelah perjalanan sangat jauh dan tidak dapat pulang lagi, barulah diketahuinya bahawa bahagia yang dikejarnya itu hanyalah bayang-bayang saja, laksana bayang-bayang panas di padang yang kering, disangka musafir yang sangat haus, habawa itu air. Ketika sampai ke tempat itu nyatalah panas jua, tidak berubah dan tempat itu tetap kering. Dia berjalan menuju bahagia padahal bahagia berada di langit, sedang dia di bumi, bahagia ke kanan dan ke kiri. Waktu itulah nyata bahawa umumnya terbuang percuma, dia nafkahkan waktunya terlalu banyak, padahal waktu yang telah lepas tak dapat dikejar lagi. Ketika itu terhenyaklah dia duduk, gelap mata, payah badan, lemah segenap sendi dan anggota. Sekarang yang didapatnya bukan bahagia, tetapi celaka dan kesedihan, menyesal dan putus asa, lebih hebat dari sebelum dia melangkah dahulu.

Kerana tidak ada suatu kesakitan yang lebih dari jatuh tersungkur ketika hampir mencapai kemenangan ketika berpacu lari.

Ada pula yang memilih jalan sesudah berfikir lama, bermurung menimbang-nimbang ke mana jalan yang ditempuh. Dia melangkah dan sudah banyak tonggak pal yang dilaluinya, di tengah perjalanan itu dia tahu bahawa dia telah sesat jalan, bukan ke sana mestiya. Sebab itu dia kembali ke pangkal jalan, diambilnya pula jalan yang lain. Dia pun melangkah. Maka seperti yang pertama, di tengah jalan diketahui pula dia sesat, dia surut ke pangkal jalan, hendak menempuh jalan yang ketiga, dan dalam perjalanan, takaran umur pun habislah, daya upaya tak ada lagi.

Itulah orang yang malang.

Kata orang, kecelakaan itu kini sudah kurang, sebab dunia telah maju, telah banyak didapat sebab-sebab untuk menyenangkan hati. Bertambah sehari, kecelakaan itu akan hilang dengan sendirinya. Dahulu, berpuluh-puluh hari dari Eropah ke Asia, sekarang hanya dalam beberapa waktu saja. Dahulu sebulan dua bulan baru kita terima khabar dari penjuru dunia yang jauh, sekarang hanya dalam masa enam atau tujuh minit. Sebab itu sekarang tak ada celaka; kata mereka.

Alangkah singkatnya penglihatan orang itu! bukankah kemajuan dan pendapat untuk memperapatkan dunia ini masih jauh dari bahagia? Masih perlukan keterangan? Padahal sudah bersuluh matahari, bukan bersuluh batang pisang lagi, bagaimana celaka dunia sejak abad kemajuan ini?

Marilah kita periksa dengan tenang. Bukan main sakit rasanya hidup kita di zaman ini. Ditanam tebu tumbuh tembaru. Dipupuk padi tumbuh lalang. Dikejar bahagia dan kesenangan hati, celaka dan kesusahan yang bertemu. Bertambah banyak kepintaran mausia, bertambah banyak kecelakaan sebagai kata Mutanabbi bahawa celaka orang berakal kerana kemajuan akalnya, sedang orang bodoh celaka kerana kebodohannya.

Ar Razi berkata:

"Kemajuan akal hanya menambah banyak ikatan".

Sebab perkataan AQL itu ertinya katanya ialah ikatan.

Ini adalah was-was.

Ramai orang yang menyingkirkan segala was-was ini. Diperiksanya ke mana sebetulya jalan mencari bahagia dan di mana dia. Dia sudah tahu dan insaf, tetapi perjalanan itu terlalu jauh, sebab itu dia putus asa, dia memutuskan saja sebelum berjalan, bahawa langkah ke sana amat berbahaya, banyak korbannya, sukar sampai ke hujungannya.

Inipun telah bernama celaka, sebelum menempuh bbahagia.

Penyakit-penyakit inilah yang jadi sebab-sebab celaka. Yakni penyakit was-was, putus asa, suara ratap tangis, seakan-akan kekurangan percaya. Mengutuki zaman.

Celaka sama dengan bahagia juga tidak datang dari luar, tetapi datang dari dalam, iaitu dari kesalahan akal menghukum dan kesilapan fikiran menimbang.

Benar kita disuruh berfikir sebelum bekerja, tetapi bukanlah fikiran ini buat melemahkan hati dan menyesatkan jalan.

Inilah salah satu sebab kemunduran. Sebagaimana juga kepercayaan setengah orang kepada takdir. Lemah hatinya, kendur semangatnya, buruk sangkanya kepada Tuhan, sehingga kian lama kian karam.

Timbanglah segala perkara dengan timbangan akal yang betul. Percayalah bahawa kecelakaan itu bukan dari luar diri, tetapi dari dalam. Dengan jalan demikian kecelakaan itu akan terhindar sedikit demi sedikit.





Monday, September 29, 2008

Reformasi Akhlak Melalui Ibadah Haji (2)


2. Akhlak Dengan Sesama Manusia

Semenjak Allah menurunkan agama islam ini kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah telah mewajibkan kepada umat ini untuk berprilaku baik, berakhlak mulia, dan menghormati sesama manusia, terlebih-lebih sesama kaum mukminin. Bahkan islam menjadikan pergaulan, dan muamalah yang baik sebagai tolok ukur bagi keimanan seseorang:

أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَاناً أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً

“Kaum mukminin yang paling sempurna imannya, adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi dll)


Seorang muslim yang sedang menjalankan ibadah haji, pada hakikatnya sedang menjalani penggemblengan akhlak, sehingga bila ia benar-benar menjalani ibadah ini dengan baik, niscaya akan ada perubahan pada kepribadian dan perilakunya. Semenjak pertama kali seseorang memasuki ibadah haji, yaitu dengan berihram, maka ia tidak dibenarkan untuk berkata-kata jelek, atau melakukan kezaliman terhadap orang lain. Bukan hanya perbuatan kezaliman, bahkan hal yang akan mendatangkan kata-kata jelek, dan perbuatan zalim dilarang pula. Hal ini untuk membiasakan kita agar bisa menjauhi perbuatan-perbuatan tersebut.

الحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُوْمَاتُ فَمَنْ فَرَضَ فِيْهِنَّ الحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوْقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الحَجِّ

“(Musim) Haji adalah beberapa bulan yang telah diketahui, maka barang siapa yang telah menetapkan niat pada bulan ini untuk menunaikan haji, maka tidak boleh berbuat rafats, berbuat kefasikan, dan berbantah-bantahan di dalam melaksanakan haji.” (QS. Al Baqoroh: 197)

Rafats adalah berjima’ atau melakukan hal-hal yang mengundang timbulnya birahi, atau berbicara tentangnya di hadapan wanita (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/236-237)

Adalah salah satu bagian dari kepribadian seorang muslim yang sejati, ia meninggalkan segala hal yang tidak berguna bagi dirinya, termasuk dalamnya perdebatan yang tidak bermanfaat, terlebih-lebih bila perdebatan tersebut hanya akan mendatangkan timbulnya hal yang tidak terpuji. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَنَا زَعِيْمٌ بِبَيْتٍ فِيْ رَبَضِ الجَنَّة لِمَنْ تَرَكَ المِرَاء وَإِنْ كَان مُحِقّاً، وَبِبَيْتٍ فِيْ وَسَطِ الجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحاً، وَبِبَيْتٍ فِيْ أَعْلَى الجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

“Aku menjamin, akan mendapatkan sebuah rumah di surga bagian bawah, bagi orang yang meninggalkan perdebatan, walaupun ia benar, dan sebuah rumah di tengah-tengah surga, bagi orang meninggalkan perbuatan dusta, walau hanya bergurau, dan sebuah rumah di surga paling tinggi, bagi orang yang akhlaknya baik.” (HR. Abu Dawud, At Thabrani, Al Baihaqi dll, dan dihasankan oleh Al Haitsami)

Ditambah lagi, ketika jamaah haji berada di kota Mekkah, maka ia akan selalu mengingat firman Allah:

وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحِادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيْمٍ

“Dan barang siapa yang bermaksud melakukan kejahatan secara zalim di dalamnya (Mekkah), niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebagian azab yang pedih.” (QS. Al Haj 25)

Para ulama menyebutkan, bahwa termasuk keistimewaan kota Mekkah, adalah barang siapa yang berniat untuk berbuat kejahatan di kota Mekkah, maka ia akan mendapatkan azabnya, walaupun ia belum melaksanakannya. Sahabat Ibnu Mas’ud menyatakan: “Seandainya ada orang di kota Aden (Yaman) yang berniat berbuat kejahatan di kota Mekkah dengan semena-mena, niscaya Allah akan menimpakan kepadanya sebagian azab yang pedih.” (diriwayatkan oleh Ahmad dan Al Hakim). Seandainya selama jamaah haji berada di kota Mekkah, benar-benar menghayati akan makna ayat ini, -Insya Allah- hatinya akan suci, dan akhlaknya menjadi mulia.

Di antara salah satu pelajaran penting yang bisa diambil oleh jamaah haji, dari amalan wukuf di padang Arafah, di mana seluruh jamaah haji mengenakan pakaian yang sama, berpenampilan sama, sehingga tidak kelihatan perbedaan derajat, kedudukan, kekayaan, yang ada di antara mereka. Ini adalah sebuah pemandangan yang mengingatkan akan satu hakikat yang telah dilalaikan oleh kebanyakan manusia; yaitu: Bahwa tidaklah ada perbedaan antara manusia di hadapan Allah, kecuali dengan ketakwaan.

Hakikat ini telah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam nyatakan dalam salah satu khotbah beliau pada hajjatul wada’ dengan bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ، أَلاَ إِنَّ رَبَّكم وَاحِدٌ وإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ، أَلاَ لاَ فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ، وَلاَ لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلاَ لأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلاَ لأَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلاَّ بِالتَّقْوَى

“Wahai para manusia! Ketahuilah, bahwasanya Tuhan kalian adalah satu, dan ayah kalian adalah satu. Ketahuilah! Tidak ada keutamaan bagi orang Arab atas orang ‘ajam (non Arab), dan juga tidak bagi orang ‘ajam atas orang Arab, juga tidak bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, dan juga tidak bagi yang berkulit hitam atas yang berkulit merah, kecuali dengan ketakwaan.” (HR. Ahmad)

Sebagai salah satu praktek nyata yang pernah Rasulullah ajarkan kepada umatnya, adalah sabda beliau kepada sahabat Umar bin Khottob:

يَا عُمَرُ، إِنَّكَ رَجُلٌ قَوِيٌّ، لاَ تُؤْذِ الضَّعِيْفَ إِذا أَرَدْتَ اسْتِلاَمَ الحَجَرَ، فَإِنْ خَلاَ فَاسْتَلِمْهُ وَإلاَّ فاسْتَقْبِلْهُ وَكَبِّرْ

“Wahai Umar, sesungguhnya engkau adalah lelaki yang kuat, maka janganlah engkau menyakiti orang yang lemah, bila engkau hendak mengusap hajar (aswad), bila engkau mendapatkan kesempatan senggang, maka silakan engkau mengusap, dan bila tidak, maka silakan engkau menghadap kepada hajar aswad, lalu bertakbirlah.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy)

Marilah kita bandingkan hadits ini dengan kenyataan yang terjadi di sekitar Hajar Aswad, niscaya akan kita dapatkan praktek-praktek yang sangat bertentangan dengan maksud-maksud ibadah haji. Pendidikan ini, tidak terbatas hanya semasa jamaah haji berada di kota Mekkah saja, bahkan di saat mereka berkunjung ke kota Madinah pun akan mendapatkan hal yang sama, karena kedua kota ini memiliki banyak persamaan, keduanya adalah tanah haram.

المَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عِيْرٍ وثَوْرٍ فَمَنْ أحْدَثَ فِيْهَا حَدَثاً أَوْ آوَى مُحْدِثاً فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ والمَلاَئِكَةِ والنَّاسِ أَجْمَعِيْن، لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ صَرْفاً وَلاَ عَدْلاً

“Madinah adalah tanah haram, antara gunung ‘Ir dan Tsaur, maka barang siapa yang berbuat kesalahan di dalamnya, atau melindungi orang yang berbuat kesalahan, maka ia ditimpa laknat Allah, para malaikat, dan seluruh manusia, Allah tidak akan menerima darinya pengganti atau tebusan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Bila hal ini benar-benar dihayati oleh setiap jamaah haji, berarti ia benar-benar menjalani pendidikan akhlak, dan penyucian jiwa, sehingga perangai baik dan budi luhur yang ia lakukan selama satu bulan lebih, akan menyatu dengan darah dagingnya.

3. Akhlak Dengan Diri Sendiri

Bila kita renungkan dan kita pelajari apa yang terjadi di sekitar kita, dari kejahatan dan perbuatan yang tidak terpuji, niscaya kita akan berkesimpulan, bahwa yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan tersebut adalah dua hal:

1. Hawa nafsu yang tidak dikendalikan.
2. Kebodohan.

Pada ibadah haji, terdapat banyak hal yang kalau kita pikirkan dengan baik, ternyata merupakan ajaran yang mengajak dan membina umat agar bisa terlindung dari dua penyebab kemaksiatan tersebut. Marilah kita bersama-sama perhatikan sebagian manasik haji, untuk membuktikan kebenaran ungkapan ini.

Larangan-Larangan Ihram

Semenjak seseorang memulai ihramnya, yaitu dengan berniat menjalankan ibadah haji, dan telah mengenakan pakaian ihram, maka ia diharamkan melakukan beberapa hal, yang sebelumnya diperbolehkan. Ia tidak boleh berjima’ atau melakukan hal yang membangkitkan syahwat, memakai wewangian, mengenakan pakaian yang berjahit, memotong kuku, rambut dll.

Para ulama menyebutkan alasan dilarangnya memotong rambut, kuku, menggunakan wewangian, adalah untuk meninggalkan perbuatan taraffuh (berfoya-foya), sebagaimana dibahas dalam kitab-kitab fikih. Ini semua adalah merupakan latihan, yang dijalani oleh jamaah haji, untuk mendidik jiwa dan nafsunya, sehingga ia bisa mengendalikan hawa nafsunya, dan mengarahkannya kepada yang dihalalkan dalam syariat.

Wukuf di Arafah

Pemandangan wukuf di Arafah adalah sebuah pemandangan yang sarat dengan hikmah, di antaranya, mengingatkan kita semua akan adanya hari kebangkitan, di mana semua manusia akan dibangkitkan dari alam kuburnya, dan menghadap kepada Allah ta’ala. Bangkit dalam keadaan tidak ada perbedaan derajat, kekayaan, pangkat, kecuali perbedaan iman dan takwa.

Semua jamaah haji memanjatkan doa dan hajatnya langsung kepada Allah tanpa ada perantara atau penerjemah, demikian pulalah halnya yang akan terjadi kelak pada hari kiamat. Kita akan menghadap kepada Allah dan mempertanggung jawabkan seluruh amalan kita selama di dunia, tanpa ada penerjemah atau perantara. Penghayatan yang demikian ini, akan menimbulkan rasa tawadhu’, dan mengikis habis kesombongan dari hati manusia.

Melempar Jumrah

Salah satu amalan dalam ibadah haji yang penuh dengan hikmah adalah amalan melempar jumrah, dikarenakan ini adalah salah satu simbol permusuhan antara manusia dan syaitan. Amalan ini mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, tatkala Nabi Ibrahim mendapatkan perintah untuk menyembelih anaknya Ismail, serta usaha syaitan untuk menggoda keduanya.

Oleh karena itu, hendaknya amalan ini tidak berhenti sebatas sebuah simbol, dan tidak dilanjutkan pada amalan nyata. Sebagai salah satu perwujudan dari pengamalan dari simbol ini, adalah tata cara melempar jumrah, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkan kepada kita cara melempar yang benar, yaitu dengan menggunakan batu yang kecil, tidak terlalu kecil, dan juga tidak terlalu besar. Ukuran batu lempar jumrah ini adalah sebuah contoh untuk kita, agar selalu menjauhi sikap berlebih-lebihan/ekstrem (ghuluw’ ) dalam segala hal.

بِأَمْثَالِ هَؤُلاَءِ بِأَمْثَالِ هَؤُلاَءِ، وإيَّاكُمْ وَالغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فإِنَّما هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُم بِالْغُلُوِّ فِيْ الدِّين

“Dengan menggunakan bebatuan seperti itu, Dengan menggunakan bebatuan seperti itu, dan hati-hatilah kalian dari sikap ghuluw’ (berlebih-lebihan) dalam agama, karena sesungguhnya orang-orang sebelum kalian binasa, dikarenakan sikap ghuluw’ dalam agama.” (HR. Ahmad, An Nasa’i, Al Hakim dll)

4. Akhlak Dengan Makhluk Lain

Islam adalah agama yang Allah turunkan untuk membawa kerahmatan kepada alam semesta, bukan hanya manusia saja yang mendapatkan perhatian dalam islam, bahkan semua yang ada di alam ini mendapatkan bagiannya. Oleh karena itu, makhluk selain manusia akan mendoakan orang-orang yang menerapkan syariat-syariat islam, juga orang-orang yang mengajarkannya.

إِنَّ اللهَ ومَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلُ السَّمَاوَات والأَرَضِيْنَ حَتى النَّمْلَةُ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتُ فِي البَحْرِ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسَ خَيْراً. رواه الترمذي والطبراني.

“Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut dalam lubangnya dan ikan di lautan, mendoakan kebaikan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (HR. Tirmidzi dan Thabrani)

Di saat menunaikan ibadah haji (di saat berihram), kita dilarang berburu, mengganggu atau menghalau binatang liar yang kita jumpai, ini adalah salah satu wujud nyata dari kerahmatan yang Allah turunkan kepada alam semesta, termasuk binatang buruan, Dan termasuk akhlak yang diajarkan kepada kita, agar tidak membunuh, atau mengganggu binatang, kecuali kalau ada alasan yang dibenarkan, mari kita renungkan bersama kisah berikut:

Dikisahkan dalam sebuah hadits bahwa ada seorang wanita penzina yang diampuni dosanya, karena ia memberi minum seekor anjir yang hampir mati kehausan. Akan tetapi sebaliknya, ada seorang wanita yang dimasukkan neraka gara-gara mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan. Kedua kisah ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Tidak berhenti sampai di sini akhlak baik yang diajarkan kepada kita dengan binatang, bahkan sampai saat menyembelih pun kita diajarkan untuk tetap berpegang teguh dengan akhlak yang mulia.

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيئٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا القِتْلَةَ، وَإذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ. رواه مسلم

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan perbuatan (ihsan) baik dalam segala sesuatu, maka bila engkau membunuh, hendaknya kalian membunuh dengan cara yang baik, dan bila menyembelih, hendaknya menyembelih dengan cara yang baik, hendaknya kalian menajamkan pisau sembelihannya, dan hendaknya ia membiarkan binatang sembelihannya hingga tenang (benar-benar mati, baru dikuliti, dan dipotong-potong)” (HR. Muslim)

Ini sebagian dari hikmah-hikmah yang bisa kita ambil dari amalan haji, yang kalau kita bisa mengamalkannya, insya Allah haji kita menjadi haji yang mabrur, karena kita menjalankannya penuh dengan penghayatan akan apa yang kita amalkan. Bukan hanya sekedar amalan sakral yang kita jalani tanpa ada penghayatan dan hikmah yang kita dapatkan.

Pada akhirnya, saya tidak memiliki kata yang lebih indah dari doa: semoga Allah memberikan taufik dan ‘inayah-Nya kepada pemerintah, dan kepada kaum muslimin di negeri kita secara umum, jamaah haji secara khusus, dan semoga ibadah haji mereka menjadi haji yang mabrur, yang pahalanya adalah surga. Kemudian, saya mengucapkan puja dan puji syukur kepada Allah ta’ala, dan sholawat serta salam kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga, sahabatnya, dan seluruh pengikutnya hingga hari kiamat. Wallahu a’lam bisshowwab.

***

Penulis: Ustadz Muhammad Arifin Badri, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

Reformasi Akhlak Melalui Ibadah Haji (1)

Agama islam adalah agama yang mengajarkan akhlak mulia, norma-norma kemanusiaan dan keadilan. Ia menanamkan pada jiwa setiap muslim, kewajiban untuk berbudi pekerti baik, bertindak dengan bijak. Jikalau kita mengamati syariat agama kita ini, dari amalan yang paling kecil hingga yang paling besar, niscaya kita akan sampai pada sebuah kesimpulan bahwa setiap ajaran yang diajarkan, bertujuan mewujudkan kemuliaan akhlak dan kesucian jiwa. Bahkan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyatakan akan hakikat ini dengan jelas dalam sabdanya:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَق

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak-akhlak mulia.” (HR. Ahmad)

Bila kita membaca siroh (perjalanan hidup) beliau, niscaya akan kita dapatkan wujud nyata dari sabda beliau ini, beliau benar-benar sebagai uswah paling bagus dalam menerapkan akhlak karimah. Sebagai seorang hamba, beliau adalah hamba Allah yang paling mulia akhlaknya, sebagai seorang pemimpin, beliau adalah pemimpin yang paling adil, bijak, dan sabar, sebagai seorang suami, beliau adalah suami yang paling baik terhadap istrinya.

Allah telah memberikan persaksian-Nya akan hal ini dengan berfirman:

وإنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ

“Dan sungguh-sungguh engkau berbudi pekerti yang agung.” (QS. Al Qalam: 4)

Bila kita hendak menghitung satu persatu akhlak beliau, niscaya kita akan menghadapi kesulitan, oleh karena itu Aisyah memberikan gambaran yang sangat jelas akan akhlak beliau dengan mengatakan:

كَانَ خُلُقُهُ القُرْآن

“Akhlak beliau adalah Al Quran.”

Kalau kita mempelajari makna “akhlak” lebih mendalam, dengan mengumpulkan dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah yang berhubungan dengan akhlak hasanah, maka kita akan dapatkan bahwa kata “akhlak” memiliki kandungan makna yang sangat luas. Kita akan mendapatkan penjelasan kewajiban berakhlak hasanah dengan Allah ‘azza wa jalla, berakhlak hasanah dengan sesama manusia dengan berbagai macam bentuk dan keyakinan mereka,, berakhlak hasanah dengan diri sendiri, dan berakhlak hasanah dengan makhluk lain, seperti malaikat, jin, binatang dan lain sebagainya.

Inilah hakikat agama islam, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, sehingga banyak dari mereka beranggapan, bahwa agama islam identik dengan kekerasan, teroris, kaku, dll. Dan untuk lebih jelasnya, mari kita renungkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut:

أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَاناً أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً

“Kaum mukminin yang paling sempurna imannya, adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (HR. Ahmad, Al Hakim dll)

Manasik Haji Cerminan Bagi Akhlak Mulia

Haji adalah salah satu rukun islam, haji adalah ibadah yang tergabung padanya antara amalan badan dan pengorbanan harta, dan haji adalah salah satu ibadah yang paling agung, yang memiliki kandungan makna, dan hikmah yang sangat luas lagi mendalam. Para ulama menyatakan, bahwa haji adalah salah satu madrasah yang sangat agung, untuk menggembleng keimanan seorang muslim.

وأَذِّن فِي النَّاسِ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُم وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِيْ أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِنْ بَهِيمَة الأَنْعَام

“Dan kumandangkanlah ibadah haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka, dan agar mereka menyebut Nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan, atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.” (QS. Al Haj: 27-28)

Ulama mengomentari bahwa yang dimaksudkan dengan kata “menyaksikan manfaat” adalah mendapatkannya, bukan sekedar melihat, akan tetapi mendapatkannya.

Ibnu Abbas menafsiri kata ( مَنَافع ) ayat ini dengan mengatakan: “Manfaat di dunia dan manfaat di akhirat, adapun manfaat di akhirat adalah keridhoan Allah ‘azza wa jalla, dan manfaat di dunia adalah mendapatkan pembagian daging korban, sesembelihan, dan perdagangan.” (Ad Durrul Mantsur 6/37)

Dan Al Mujahid menafsirkan dengan berkata: “Manfaat adalah perdagangan dan setiap hal yang menjadikan Allah ridho dari urusan dunia dan akhirat.” (Tafsir At Thobari 17/147)

Ibadah haji bukan hanya sebuah rentetan amalan sakral yang tidak diketahui manfaat dan hikmah dari pelaksanaannya. Akan tetapi ibadah haji –sebagaimana ibadah-ibadah lainnya- penuh dengan maksud-maksud dan hikmah-hikmah yang sangat indah dan besar. Kalau kita perhatikan fakta yang ada pada jamaah haji pada umumnya, dan pada diri kita saat melaksanakan ibadah yang mulia ini, akan kita lihat terjadinya perbedaan antara sesama mereka dalam mengambil hikmah, dan menyelami kandungan makna ibadah ini.

Oleh karena itu, sudah sepantasnyalah, bila setiap muslim memikirkan, dan memberikan sebagian perhatiannya agar semakin banyak rahasia-rahasia, atau hikmah-hikmah dari amalan-amalan ibadah ini, yang kita dapatkan

Sebagaimana telah disebutkan dalam Muqaddimah, bahwa agama islam adalah agama akhlak, yang menjadikan kesucian jiwa, atau yang sering disebut dengan akhlak –dengan berbagai macamnya, sebagai tujuan dari setiap syariatnya. Dan kalau kita amati, dan renungkan setiap amalan-amalan yang terdapat pada ibadah haji, niscaya masing-masing amalan adalah bukti kuat akan kebenaran apa yang telah diisyaratkan di atas.

Berikut ini saya akan berusaha untuk sedikit memaparkan beberapa hikmah-hikmah dan rahasia-rahasia yang terpendam dibalik amalan-amalan ibadah haji, dengan harapan menjadi pilar bagi jamah haji Indonesia untuk lebih mendalami dan menghayati akan makna-makna yang terkandung di dalamnya; sehingga amalan ibadah mereka semakin baik dan semakin besar peluang untuk menjadi haji yang mabrur, dan ibadah haji benar-benar dapat terwujud dalam kepribadian dan budi pekerti setiap bapak dan ibu haji. Dan ulasan saya ini, akan saya urutkan sesuai dengan urutan pembagian akhlak yang telah saya sebutkan pada awal makalah ini.

1. Akhlak Dengan Allah

Ibadah haji, dari amalan paling pertama, yaitu talbiyyah, hingga amalan paling akhir, yaitu thawaf wada’, penuh dengan pendidikan akhlak dengan Allah, Sang Pencipta ‘azza wa jalla.

Ucapan Talbiyyah

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك

“Kusambut panggilan-Mu, Ya Allah, kusambut panggilan-Mu, Kusambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, Kusambut panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, karunia, dan kekuasaan hanyalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”

Talbiyyah ini adalah puncak pengikraran iman dan tauhid, di mana hakikat iman dan tauhid adalah pengagungan Allah dengan sebenar-benarnya. Pada talbiyyah ini, kita mengikrarkan bahwa segala pujian, kenikmatan dengan berbagai macam dan wujudnya, dan segala kekuasaan, termasuk ke dalamnya mengatur alam semesta ini, hanya milik Allah, tiada satu pun yang menjadi sekutu bagi Allah dalam semua hal-hal tersebut. Oleh karena itu sebagai kelaziman dari ikrar, kita hanya bersyukur dengan menujukan segala macam ibadah kepada-Nya semata.

Dan sikap yang demikian ini, merupakan puncak akhlak yang mulia dengan Allah, di mana kita mengakui bahwa Allah-lah yang menciptakan, mengatur, dan hanya Dia-lah yang berhak disembah. Untuk lebih mengetahui bahwa ucapan talbiyyah ini adalah wujud nyata dari akhlak mulia dengan Allah, maka mari kita bandingkan ucapan ini dengan talbiyyah orang-orang musyrikin pada zaman dahulu. Mereka mengucapkan:

لَبَّيكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ إلاَّ شَرِيكاً هُوَ لَكَ، تَمْلِكُهُ وَمَا مَلَكَ

“Kusambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, kecuali sekutu yang Engkau miliki, Engkau menguasainya dan apa yang ia miliki.”

Betapa rendahnya akhlak mereka kepada Allah, mereka mengakui bahwa sekutu yang mereka sembah di bawah kekuasaan Allah, akan tetapi mereka tetap mendudukkannya sejajar dengan Allah. Oleh karena itu Allah, berfirman tentang mereka:

وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ والأَرْضُ جَمِيعاً قَبْضَتُه يَومَ القِيَامَة والسَمَاواتُ مَطْوِيَّات بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشرِكُونَ

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari qiyamat, dan langit-langit digulung dengan Tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah, dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. Az Zumar: 67)

Thawaf

Setiba jamaah haji di kota Mekkah, maka pertama yang dilakukan adalah bersuci, lalu thawaf mengelilingi ka’bah. Thawaf adalah amalan yang sangat agung dan dicintai Allah ta’ala:

وَعَهِدنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وإسمَاعيل أَنْ طَهِّرا بَيتِيَ للطَّائِفِين وَالعاكِفِين والرُكَّع السُّجود.

“Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Sucikanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf , yang I’tikaf, yang ruku’ dan sujud.” (QS Al Baqoroh: 125)

Tatkala seorang muslim menjalankan ibadah yang agung, niscaya ia akan mendapatkan pelajaran penting, yaitu keyakinan bahwa ibadah thawaf, hanya ia lakukan di ka’bah, sehingga ia tidak akan melakukannya di tempat lain, baik di kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam atau kuburan wali.

Imam An Nawawi berkata: “Tidak diperbolehkan untuk berthawaf mengelilingi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan juga dimakruhkan untuk menempelkan punggung atau perut kepada dinding kuburan beliau, … Dan tidak boleh kita terpengaruh oleh pelanggaran dan perbuatan yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam. Karena sesungguhnya kita hanya mencontoh, dan mengamalkan apa yang disebutkan dalam hadits yang shohih, dan yang disebutkan oleh para ulama. Dan tidak sepantasnya kita menoleh kepada perbuatan-perbuatan dan sikap-sikap bodoh yang mereka lakukan.”

Beliau menukilkan ungkapan Al Fudlail bin ‘Iyadl: “Ikutilah jalan-jalan hidayah, dan jangan engkau merasa takut karena sedikitnya penempuh jalan tersebut. Dan hati-hatilah engkau dari jalan-jalan kesesatan, dan jangan terperdaya oleh banyaknya penempuh jalan tersebut.” (Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab 8/203)

Dan di antara amalan yang disunahkan dalam ibadah thawaf adalah mencium Hajar Aswad. Sahabat Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu mengisahkan: “Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tatkala beliau tiba di Mekkah, dan menjalankan thawaf pertama kali, beliau menyentuh Hajar Aswad, lalu berlari-lari kecil sebanyak tiga kali putaran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Demikianlah disunahkan bagi setiap kaum muslimin untuk mencium Hajar Aswad, dalam rangka mencontoh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan menjalankan sunnah-sunnahnya, bukan karena meyakini bahwa Hajar Aswad memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat atau memberi madharat, atau khasiat tertentu.

Oleh karena itu Khalifah Umar bin Khatthab ketika mencium Hajar Aswad, beliau berkata: “Sungguh demi Allah aku menyadari bahwa engkau adalah sebuah batu yang tidak bisa memberi manfaat atau madharat, dan seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, niscaya aku tidak akan menciummu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kemudian yang disyariatkan untuk disentuh/diusap hanyalah Hajar Aswad dan Rukun Yamani, selain keduanya, yaitu kedua Rukun Syami (kedua sudut Hijir Ismail) dan juga tempat-tempat lainnya tidak diperbolehkan untuk diusap atau dicium, baik maqom Ibrahim, kuburan Nabi, atau Wali, atau masjid, atau yang lainnya.

Imam Ahmad meriwayatkan: bahwa suatu saat sahabat Muawiyah radhiallahu ‘anhu sedang menjalankan thawaf bersama dengan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu, dan ketika Muawiyah melintasi kedua sudut Hijir Ismail, beliau mengusap keduanya, maka sekonyong-konyong Ibnu Abbas menegurnya dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mengusap kedua sudut ini.”

Imam An Nawawi tatkala membahas adab berziarah kepada kuburan Nabi, beliau berkata: “Dan dimakruhkan mengusap dinding kuburan, atau menciumnya, akan tetapi adab yang benar adalah kita menjaga jarak dari kuburan, sebagaimana kita menjaga jarak dari beliau, bila kita berhadapan dengannya semasa hidupnya shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan inilah adab yang benar, yang dinyatakan oleh para ulama, dan mereka bersepakat atasnya… Dan barang siapa yang terbetik dalam benaknya, bahwa mengusap-usap dinding kuburan Nabi, atau yang serupa akan lebih mendapatkan barokah, maka anggapan yang demikian ini adalah bagian dari kebodohan dan kelalaiannya; karena keberkahan hanyalah didapatkan pada perbuatan yang sesuai dengan syariat. Dan bagaimana mungkin keberuntungan bisa didapatkan dari sikap menentang kebenaran.” (Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab 8/203)

Setelah melaksanakan ibadah thawaf, orang yang menjalankan ibadah haji akan berbondong-bondong menuju gunung Shafa dan Marwah, guna menjalankan ibadah sa’i tujuh kali. Ibadah ini mengingatkan kita kepada kisah sebuah keluarga yang beriman dan bertakwa kepada Allah, mereka menjalankan perintah Allah, dengan penuh keimanan, yaitu keluarga Abul Anbiya’ Ibrahim ‘alaihi sallam.

Tatkala Allah memerintahkan Nabi Ibrahim agar menempatkan istrinya Hajar dan anaknya Ismail (yang kala itu masih menyusu), di Mekkah (yang dahulu bernamakan pegunungan Faran), maka beliau menaati perintah ini. Beliau menempatkan keduanya di atas sebuah batu besar, yang terletak diatas sumur zam-zam (kala itu di tempat tersebut tidak ada air, juga tidak ada penghuninya). Lalu Nabi Ibrahim hanya memberikan bekal untuk keduanya sekantung kurma, dan sebejana air.

Kemudian Nabi Ibrahim pergi meninggalkan keduanya, sehingga Hajar mengikutinya dari belakang, dan berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana engkau akan pergi, apakah engkau akan tinggalkan kami di lembah ini, yang tidak ada seorang manusia pun, juga tidak ada sesuatu.” Ia mengulang-ulang perkataannya ini, akan tetapi Nabi Ibrahim tidak menoleh sedikit pun.

Lalu Hajar berkata: “Apakah Allah yang memerintahkan engkau dengan hal ini?” maka Nabi Ibrahim menjawab: Ya. Maka Hajar berkata: “Kalau demikian, Ia tidak akan menyia-siakan kami.” (HR. Bukhari)

Ini adalah sebuah gambaran bagi sebuah keluarga yang iman dan tawakal telah tertanam dan menyatu dengan hati mereka, sehingga dalam keadaan seperti disebut, Hajar yakin bahwa Allah pasti memberikan jalan keluar dari segala apa yang akan ia hadapi. Ini adalah sebuah pelajaran penting yang seharusnya selalu diingat-ingat oleh setiap orang yang sedang menjalankan ibadah ini, kemudian ia jadikan kisah ini sebagai pilar dalam kehidupannya. Terutama pada di saat menghadapi berbagai problema dalam kehidupan di dunia ini, tidak ada kata putus asa, patah semangat, atau kecil hati.

Oleh karena itu, setelah Nabi mengisahkan kisah perjuangan Hajar mencari air, dan berlari-lari antara gunung Shafa dan Marwah, beliau bersabda:

فَذَلِكَ سَعَيُ النَّاسِ

“Itulah kisah kenapa manusia bersa’i, (berlari).” (HR. Bukhari)

Wukuf Pada Hari Arafah

Hari Arafah, adalah hari yang paling agung, hari yang padanya kaum muslimin dengan jumlah yang sangat besar berkumpul di satu tempat, dengan pakaian yang sama, amalan sama, tujuan sama. Hari yang padanya turun berbagai rahmat Allah, dan diampunkan padanya dosa-dosa manusia, dan hari yang padanya pula Allah paling banyak membebaskan manusia dari neraka. Pada hari ini pula Allah menyempurnakan agama dan kenikmatan bagi umat ini:

اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُم دينكم وأتممتُ عليكمْ نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhoi islam sebagai agama bagimu.” (QS. Al Maaidah: 3)

Oleh karena itu, pada hari ini setiap jamaah haji menunjukkan sikap tunduk, merendahkan diri, banyak berdoa, menggantungkan segala harapannya hanya kepada Allah ta’ala, banyak berzikir, berdoa, meninggalkan segala kegiatan selain menghadapkan jiwa dan hatinya hanya kepada Allah; agar ia termasuk orang yang dibebaskan dari neraka pada hari ini. Mari kita perhatikan bersama sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini:

(خَيْرُ الدُّعَاء دُعَاءُ يَومَ عَرَفَةَ، وخَيْرَ مَا قُلْتُ أَنَا والنَّبيُّون مِنْ قَبْلِي: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيئٍ قَدِيْر).

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah doa: LA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LA SYARIKA LAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR (Tiada sesembahan yang benar kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah kekuasaan, dan milik-Nyalah segala pujian, sedangkan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa).” (HR. Ahmad dan At Tirmidzi)

Ini adalah doa paling utama, yang diucapkan pada hari yang paling utama, hari yang padanya disempurnakan agama kita ini, sehingga sangatlah sesuai bila pada hari yang demikian agungnya, kita mengucapkan doa yang paling agung. Sungguh sebuah akhlak seorang hamba yang sempurna, betapa tidak, pada hari yang paling agung, beliau mengucapkan doa yang paling agung, yang bermaknakan: mengesakan Allah dengan segala macam ibadah, dan berlepas diri dari segala macam bentuk kesyirikan, dan sesembahan selain Allah.

Doa ini adalah dasar dari agama ini, kunci untuk membuka pintu surga, dan dengan kalimat inilah para rasul diutus, oleh karena itu hendaknya setiap jamaah haji dianjurkan memperbanyak ucapan doa ini. Akan tetapi, adalah wajib hukumnya bagi setiap muslim untuk mengetahui bahwa ucapan ini tidaklah akan diterima, bila tidak disertai oleh penghayatan dan pengamalan makna dan kandungannya

Hal ini sangat penting sekali, dikarenakan orang yang mengucapkan kalimat ini, kemudian tanpa meyakini akan maknanya, maka ia disebut munafik, dan orang yang mengucapkannya, akan tetapi amalannya bertentangan dengan makna kalimat ini, maka ia adalah orang musyrik, termasuk di dalamnya orang yang mengucapkannya, akan tetapi ia menujukan sebagian ibadah, seperti meminta rezeki, kesembuhan, tawassul, istighotsah, pertolongan, tawakal, kepada selain Allah.

Di antara akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada umatnya dari amalan-amalan haji, adalah sikap mencontoh sunnah-sunnah beliau dalam menjalankan ibadah agung ini. Beliau telah menekankan akan kewajiban berpegang teguh dengan akhlak ini dalam sabda beliau:

لِتَأخُذُوا مَنَاسِكَكُمْ، فَإِنِّي لاَ أَدْرِي لَعَلَّي لاَ أَحُجُّ بَعْدَ حَجَّتِي هَذِهِ

“Hendaknya kalian mencontoh (dalam menunaikan) manasik kalian, karena sesungguhnya aku tidak tahu, mungkin aku tidak berhaji lagi setelah hajiku ini.” (HR. Muslim)

Beribadah kepada Allah dengan cara mencontoh sunnah-sunnah Rasulullah, adalah akhlak yang wajib untuk dimiliki oleh setiap muslim, bukan hanya selama menjalankan ibadah haji, akan tetapi untuk selama-lamanya.

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, kita bukan hanya sekedar beribadah kepada Allah, akan tetapi beribadah kepada Allah dengan cara yang Allah ajarkan melalui lisan Rasul-Nya. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِين آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ وَرَسُولِهِ واتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَمِيعٌ عَلِيْم

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat: 1)

Ayat ini merupakan adab yang diajarkan oleh Allah kepada hamba-Nya kaum mukminin, dalam bermuamalah dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yaitu agar mereka tidak berburu-buru dalam segala sesuatu dan mendahului kehendak beliau, akan tetapi mereka diharuskan mengikuti perintah beliau dalam segala hal, sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 4/205)

Sahabat Ibnu Abbas tatkala menafsiri ayat ini beliau mengatakan: “Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya”, maksudnya adalah janganlah kalian mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan Al Kitab dan As Sunnah.

Oleh karena itu adalah wajib hukumnya bagi setiap jamaah haji, untuk mencontoh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam menunaikan manasiknya, sebagaimana dinyatakan dalam hadits di atas, dan ini adalah perwujudan dari akhlak, penghormatan dan pengagungan kita sebagai seorang mukmin terhadap beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan hal ini merupakan tolok ukur akan keimanan setiap muslim:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ

“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, sedangkan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imran: 31)

-bersambung insya Allah-

***

Penulis: Ustadz Muhammad Arifin Badri, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

Ada Apa Antara Rezeki dan Jimat?

Urusan klenik, memang sangat sulit dilepaskan dari kehidupan masyarakat kita. Animisme dan aroma perdukunan masih kental terasa, padahal ajaran Islam yang menyerukan tauhid sangat bertentangan dengan hal tersebut. Cobalah tengok salah satunya, tindakan sebagian masyarakat yang mengaku muslim, mereka menggunakan berbagai jimat demi melariskan barang dagangan atau melancarkan rezeki. Kocek pun dirogoh dalam-dalam hanya untuk mendapatkan jimat, yang dipercaya dapat mendatangkan rezeki yang berlebih.

Rezeki, Urusan yang Telah Ditentukan

Rezeki hanyalah berasal dari Allah ta’ala, sebagaimana firman-Nya,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

“Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” (QS. Faathir [35]: 3)

Abu Muhammad al Baghawi rahimahullah mengemukakan bahwa pertanyaan yang diajukan Allah dalam ayat ini berfungsi untuk menetapkan bahwa tidak ada pencipta selain Allah yang mampu memberikan rezeki (Ma’alimut Tanzil 1/412). Sebagai satu-satunya Zat yang memberi rezeki, Allah telah menentukan kadar rezeki untuk setiap hamba-Nya, di antara mereka ada yang diberi kelapangan rezeki, sebagian lagi disempitkan rezekinya. Ada yang kaya, dan ada yang papa. Ada yang berlebih dan ada yang pas-pasan. Rezeki yang akan diperoleh seorang hamba di dunia ini, semenjak lahir hingga meninggal dunia telah ditetapkan dan ditentukan sebagaimana tercantum dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim bahwa Allah ta’ala telah memerintahkan malaikat-Nya untuk menetapkan empat perkara, dan diantaranya adalah kadar rezeki seseorang.

Ingin Rezeki Lancar? Jangan Ikuti Cara Syaitan!

Allah telah memberikan pedoman agar manusia dapat memperoleh kelapangan dan kelancaran rezeki. Berusaha kemudian bertawakal hanya kepada-Nya merupakan dua kunci sukses bagi pribadi muslim. Patut diperhatikan bahwa ‘berusaha’ yang dimaksud bukanlah dengan melakukan berbagai tindakan yang menyelisihi syariat demi mengejar keuntungan, kesuksesan tidaklah ditempuh dengan mengorbankan diri sehingga menuruti bujuk rayu syaitan.

Syaitan telah ‘menggodok’ berbagai strategi jitu lalu menawarkannya kepada manusia agar mereka tergoda dan terjerumus ke dalam penyimpangan dan dosa. Tidak terkecuali dalam urusan melancarkan rezeki, syaitan turut berperan aktif untuk menggelincirkan manusia dari jalan-Nya. Tidak sedikit manusia terkecoh dan rela diperbudak oleh syaitan, ada yang menempuh jalur penipuan agar bisa sukses, sebagian lagi ada yang merampok, mencuri dan ada yang menempuh jalur perdukunan. Metode terakhir ini sangat banyak yang melakukannya, mulai dari kalangan intelektual hingga mereka yang awam pendidikan terjangkiti ‘penyakit’ cinta perdukunan, anehnya tidak sedikit dari mereka yang berstatus muslim melakukan kesyirikan ini.

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

“Dan sebagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).” (QS. Yusuf [12]: 106)

Jimat, Upaya Setan Menggelincirkan Bani Adam

Siapa sih yang tidak ingin sukses dan memperoleh keuntungan dalam bisnis dan profesi yang sedang digeluti? Sebagian besar dari kita tentulah ingin meraihnya. Dalam meraih kesuksesan, manusia terbagi ke dalam dua kategori, ada yang menempuh tangga kesuksesan dengan cara yang halal dan ada yang berkebalikan dengan hal itu, yaitu menempuh cara yang haram.

Seorang yang menggunakan jimat untuk meraih kekayaan termasuk dalam kategori yang diharamkan Islam. Banyak pejabat yang mendatangi ‘orang pintar’ (baca: dukun) untuk membeli jimat agar kekuasaannya langgeng. Di sisi lain, tidak sedikit para artis mendatangi paranormal (baca: para tidak normal) agar diberikan jimat sehingga ordernya tidak sepi dan dirinya tetap ‘laku’. Untuk yang satu ini, salah seorang teman pernah berkomentar, ‘Wah, udah profesinya merugikan masyarakat, pakai cara-cara yang gak benar lagi’. Jimat pun kerap digunakan oleh para pebisnis dan pedagang untuk menarik minat konsumen. Mulai dari ‘wiridan’ (baca: mantra-mantra yang diramu dengan bahasa arab atau dari sebagian ayat al-Qur’an namun prakteknya tidak dituntunkan dalam Islam), amalan-amalan yang tidak jelas asal-usulnya (seperti puasa pati geni, puasa ngebleng, dll) sampai celana dalam pun telah dijajal oleh mereka yang percaya akan keampuhan jimat dalam melariskan dagangan atau mendatangkan keuntungan. Padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

“Barangsiapa yang mengalungkan jimat, maka dia telah berbuat syirik” (HR. Ahmad 4/156, Thabrani dalam al Kabir 17/319 Syaikh Syu’aib al Arnauth dalam komentar beliau terhadap Musnad Ahmad 4/156, mengatakan sanad hadits ini kuat)

Ibnu Abdil Barr rahimahullah mengatakan bahwa orang yang mempercayai keampuhan jimat telah meyakini bahwa jimat itu mampu menolak ketentuan yang Allah tetapkan dan keyakinan seperti inilah yang menyebabkan seorang terjerumus ke dalam jurang kesyirikan (Faidlul Qadlir 6/180)

Jimat Mencederai Tawakal

Imam ath Thibi rahimahullah menyatakan salah satu keyakinan kaum musyrik jahiliyah adalah meyakini bahwa jimat sangat ampuh untuk menolak takdir yang telah ditetapkan bagi mereka, dan keyakinan yang demikian dapat menghilangkan tawakal dari jiwa seseorang (Faidhul Qadir 2/341)

Tawakal sendiri berarti penyandaran hati secara total kepada Allah ta’ala, baik dalam perkara dunia maupun akhirat (Hushulul Ma’mul hal. 83). Seorang yang bertawakal dengan benar kepada Allah dalam segala urusan akan meyakini bahwa segala perkara berada di bawah kekuasaan-Nya. Jika Allah menghendaki, maka pasti urusan tersebut akan terjadi. Jika Dia tidak menghendaki, maka tentu hal tersebut tidak akan terjadi. Setelah meyakini hal tersebut, maka dalam hatinya akan timbul rasa percaya terhadap Allah, lalu dia akan menempuh usaha yang sejalan dengan syariat dalam berbagai urusannya (Hushulul Ma’mul hal. 84)

Orang yang percaya dengan jimat tidak termasuk ke dalam kategori golongan yang bertawakal kepada Allah ta’ala, karena mereka lebih percaya kepada jimat tersebut ketimbang Allah ta’ala. Mereka lebih ‘pede’ ketika memakai jimat daripada melaksanakan tips yang dituntunkan Allah bagi para hamba-Nya dalam meraih kesuksesan. Oleh karena itu, para penggemar jimat akan diliputi kegelisahan dan kegundahan jika jimat mereka hilang atau telah memasuki ‘masa kadaluwarsa’. Hati mereka justru terpaut dengan jimat tersebut, hati mereka telah berpaling dari Allah ta’ala dan hidup mereka telah disandarkan pada jimat tersebut. Maka benarlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Barangsiapa yang menggantungkan jimat, maka dirinya akan sangat bergantung (baca: bertawakal) padanya” (HR. Tirmidzi 2072 dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahihut Targhib wat Tarhib 3/192)

Rezeki Tidak Diraih Dengan Jimat

Rezeki hanya diperoleh dengan kerja keras, keuletan dan tawakal kepada Allah ta’ala, bukan dengan jimat. Beberapa fakta justru membuktikan kegagalan-lah yang akan ditemui oleh mereka yang bergantung pada jimat. Ada yang ludes harta bendanya karena telah mengeluarkan duit dalam jumlah yang banyak untuk memperoleh jimat yang ampuh sementara bisnisnya tak kunjung berhasil. Ada yang mendatangi dukun untuk memperoleh jimat, namun kebangkrutan yang dia temui. Bukan dirinya yang kaya, namun dukunlah yang kaya. Kok bisa kesuksesan dan rezeki dapat diperoleh dengan jimat? Kok bisa orang yang menggantungkan harapan kepada jimat bisa meraih kesuksesan?

Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan bahwa seorang yang menggantungkan hati dan harapannya kepada sesuatu selain Allah justru akan menjadi golongan yang hina dan tidak akan memperoleh kebaikan (Badai’ul Fawaaid, 2/470). Di tempat lain, beliau menyatakan bahwa seorang yang demikian keadaannya, justru akan membuka pintu kehancuran dan kebinasaan bagi dirinya dan menutup pintu kesuksesan dan kebahagiaan (Thariqul Hijratain 1/29)

Oleh karena itu mereka yang percaya dan menggunakan jimat adalah orang yang merugi di dunia dan akhirat. Rugi di dunia, karena rezeki tidak kunjung datang kepada mereka. Kerugian di akhirat pun akan dia temui, karena dirinya termasuk golongan yang hina karena membiarkan hatinya bersandar, percaya dan bergantung pada jimat, sesuatu yang tidak mampu mendatangkan manfaat, tidak pula mudharat. Allah ta’ala berfirman,

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

“Apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu? Atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka mampu menolak rahmat-Nya?. Katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku.” Kepada-Nyalah orang-orang yang berserah diri bertawakal.” (QS. Az Zumar [39]: 38)

Semoga shalawat dan salam tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga beliau, para sahabat dan orang yang mengikuti mereka. Untaian puji hanyalah milik Allah.

Selesai ditulis pada tanggal 15 Dzulqa’dah 1428 H bertepatan dengan tanggal 24 November 2007.

***

Penulis: Muhammad Nur Ichwan Muslim
Artikel www.muslim.or.id

Munajat

Ilahi!

Sudah kudengar segala seruan yang disampaikan kepadaku, maka timbullah minat dalam hatiku hendak mengerjakan seruanMu, perintah untuk memaslahatan dan kesucianku. Tetapi kedhaifan dan kelemahan selalu mendorongku ke jalan yang tidak Engkau sukai.

Tuhanku!

Amal yang aku kerjakan, amat kecil bila dibandingkan dengan besarnya ampunanMu. Kalau Tuhan hendak mencelakakanku, gelap jalan yang aku tempuh, dan tak seorang pun yang kuat kuasa mempertahankan aku. Kalau Tuhan hendak memberi aku malu, terbukalah rahsiaku, walaupun bagaimana aku menyembunyikan. Kerana itu, ya Tuhanku, sempurnakan awal hikmatMu sampai ke hujungnya, dan jangan Tuhan cabut apa yang telah diberikan.

Ya Tuhan yang telah memberi aku pakaian cinta, yang selamanya tiada luntur dan usang.

Tuhan yang menjaga aku di dalam perjalanan dan diam, berilah aku sedikit cahaya pun jadilah, dari Nur Mu!

Dengan ingat pada Engkau, oh Tuhanku, aku beroleh nikmat. Orang yang berjalan di luar garis Mu, tersesat dan terpencil.

Aku yakin keluasan ilmu Mu. Engkau tahu apa yang tersimpan di hati hamba Mu.

Amat banyak kesalahanku, aku sia-sia dan lalai, padahal anugerah Mu meliputi diriku.

Aku sembunyikan dosaku dari mata makhluk, padahal Engkau selalu melihat dan memperhatikannya.

Dalam pada itu, Tuhan sedia pula mengampuni.

Demi kebesaran Mu! Sejahat-jahat makhluk Mu, tidak ada yang tak merasa jahat kejahatannya yang dikerjakannya. Tetapi dia lemah dan dungu sebab itu Engkau ampuni dia.

Aku ini dungu Tuhan, ampuni aku!

Seorang teman bertanya: "Besok bukankah hari raya? Mana pakaian yang telah engkau sediakan?"

Aku menjawab: "Pakaianku sangat indah, pemberian daripada kecintaanku. Dua helai baju, yakni kemiskinan dan kesabaran. Di dalamnya tersimpan hati yang telah disepuh, yang memandang bahawa keramaian hari raya itu bercahaya, lantaran di sana terbentang nyata wajah kecintaanku, biarpun orang lain tak melihatnya.

Pakaian apakah yang lebih indah dipakai di hari raya, dari pada pakaian pemberian kekasih, yang dipakai dengan tersipu-sipu di hadapanNya?

Tak ada ertinya dari raya itu bagiku, wahai Kekasih, kalau cahayaMu tak memberi kumandang di sana. Dia akan sepi, tak ada keramaian tak ada hari raya, bila Engkau lepas dari ingatanku.

Patuhkah aku disebut seorang yang setia, kalau ada wajah yang lain yang kulihat dalam keramaian, selain dari wajah Mu jua?

Lantaran cintaku kepada Mu, aku sudi menerima keputusan apa pun yang Engkau jatuhkan kepada diriku.

Kadang-kadang putus harapanku dari syurga Mu, lantaran aku tahu kebebalan diriku.

Tetapi gementar segenap sendi tulangku, kalau aku ingat azab dan seksa Mu. Sebab itu, wahai kekasihku. Apakah akan Tuhan bakar muka yang sentiasa basah memujimu? Apakah akan Tuhan seksa, lidah yang sentiasa basah memuji Mu? Apakah akan Tuhan patahkan hati yang sentiasa ingat akan Mu?

Ilahi!

Sudah amat jauh tersesat perjalananku. Sekarang aku pulang kerana aku tahu, tiap-tiap aku bersalah, dengan nikmat jua Tuhan balasi.

Kata orang, enak sekali berkenalan dengan Raja dari segala Raja Yang tiada menutup pintunya pada setiap orang yang hendak menghadap!

Hatiku telah bergembira, kerana Engkaulah tujuan perjalanan. Tuhan yang menanggung segala perbekalanku. Tuhanku! Maha Besar Engkau!

Kalau kulihat bergandanya nikmat, aku hairan mengapa aku sesat jua.

Bagaimana aku begitu berani mengharap redhaMu padahal aku masih tetap aku.

Bagaimana aku takkan mengharap, padahal Engkau masih tetap Engkau.

Ilahi!

Kalau kederhakaanku terbit lantaran kejahilanku, urusanku sekarang timbul dari keinsafan, iaitu bahawa aku ada berTuhan yang tetap pertalianNya dengan hambaNya dengan hambaNya, dengan tali kasih sayang dan cinta.

Lantaran aku cinta akan Engkau Tuhan! Kumohon ampunan Mu! Lantaran Tuhan cinta akan daku. Tuhan ampuni dosaku!

Ilahi! Tuhan telah tahu kesalahanku sebelum aku meminta ampun. Satu di antara Asma Mu, iaitu Ilahi Maha Pengampun. Kelalaianku dan kemudian kesedaranku akan kesalahan, akan menggenapkan kebesaran asma Mu.

Tuhan telah arif dan kebebalanku sebelum aku melangkah!

Apunilah aku, maafkan kesalahanku, gantilah kiranya dengan kebaikan, dengan hasanad. Beri aku permata perhiasan, yakni ingatkan akan Engkau Beri aku taufik dan hidayat. Tunjukkan jalan keselamatan bagiku serta ayah bonda dan anak turunanku, dan seluruh Muslimin. Bahkan bagi seluruh manusia!

Berilah semuanya bahagia yang kekal, dunia dan akhirat!

Selawat dan Salam atas Nabi Muhammad saw, Nabi yang menyeru manusia supaya berlindung kepaa agama yang membawa bahagia. Ya Tuhanku. Engkaulah bahagia, dan dari Engkaulah segenap bahagia, maka hidupkanlah kami dengan bahagia, dan masukkanlah kami ke jannah Mu, negeri yang penuh bahagia. Amat suci dan amat tinggi Engkau ya Tuhan, yang mempunyai segenap Kemuliaan dan keagungan.

Allahumma Sholli Wa Sallim'ala Saidina Wa Maulana Muhammad!

Amin.

Sunday, September 28, 2008

Tidak Ada yang Pantas Menjadi Sekutu Allah

Tauhid: Tidak Ada yang Pantas Menjadi Sekutu Allah

Posted: 10 Dec 2008 08:56 AM CST

Pembaca sekalian, seandainya seorang yang berakal menggantungkan harapannya kepada sesuatu yang tidak memiliki kekuasaan apa-apa tentu saja ini merupakan sebuah kebodohan. Anehnya tidak berhenti sampai di situ saja, bahkan dia rela mengorbankan harta dan nyawanya demi membela sesuatu yang tidak memiliki apa-apa itu. Tidakkah kita ingat bagaimana orang-orang kafir mengerahkan tenaga dan dana demi menyebarkan dakwah mereka yang sesat, dengan perang salib yang dahulu mereka kobarkan dan kristenisasi yang kini mereka lancarkan dan upaya meliberalkan ajaran Islam yang kini tengah marak di kalangan kaum cerdik cendekia. Itulah yang terjadi ketika mereka menjadikan selain Allah sebagai sekutu yang dibela dan dipuja-puja.

Tidak Punya Kok Diminta ?

Semua yang ada selain Allah sangat membutuhkan pertolongan Allah, sedangkan Allah sama sekali tidak membutuhkan hamba. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu pun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri adalah buatan manusia. Berhala-berhala itupun tidak mampu mampu memberi pertolongan kepada penyembahnya dan kepada dirinya sendiripun berhala-berhala itu tidak sanggup memberikan pertolongan.” (QS. Al A’rof: 191-192)

Di dalam ayat di atas disebutkan 4 kelemahan sesembahan selain Allah, yaitu: Statusnya sebagai makhluk, tidak mampu mencipta, tidak mampu membela diri dan tidak mampu membantu para penyembahnya. Jika salah satu kelemahan ini saja ada maka itu menjadikannya tidak pantas untuk disembah lalu bagaimana lagi jika keempat-empatnya terkumpul? (Lihat Mutiara Faedah Kitab Tauhid hal. 90)

Nabi Saja Tidak Berkuasa Apalagi yang Lainnya

Pada saat perang Uhud Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terluka di bagian kepala dan gigi taringnya. Menyaksikan permusuhan dari kaumnya yang seperti itu beliau pun mengatakan, “Bagaimana mungkin bisa beruntung suatu kaum yang melukai Nabi mereka?” Tapi kemudian Allah menurunkan ayat (untuk menegur beliau), “Tidak ada kekuasaan sedikit pun bagimu dalam urusan mereka itu, atau Allah menerima taubat mereka, atau Allah akan mengadzab mereka karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang zholim.” (QS. Ali Imron: 128) (HR. Al Bukhori secara mu’allaq). Kalau Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam saja yang merupakan makhluk termulia tidak mampu untuk menolak mudharat yang menimpa dirinya dan tidak memiliki campur tangan dalam urusan Allah sedikit pun maka yang selain Nabi tentu lebih tidak menguasai. Sebagaimana beliau tidak pantas untuk disembah maka yang lainnya pun lebih tidak pantas lagi (Lihat Mutiara Faedah Kitab Tauhid hal. 92)

Di antara faedah yang bisa dipetik dari hadits di atas adalah:

(1). Para nabi juga mengalami sakit dan luka dan ini menunjukkan bahwa mereka adalah manusia biasa, (2). Para nabi itu tidak memiliki kekuasaan apapun kecuali apa yang sudah ditaqdirkan Allah untuk mereka miliki lalu bagaimana lagi keadaan orang selain mereka (seperti para dukun dan paranormal yang sok pintar di jaman kita ini ?! -pen), (3). Tidak ada yang mengetahui penutup amal (hamba dalam hidupnya) kecuali Allah, (4). Taubat itu akan menghapus dosa yang dilakukan sebelumnya, (5). Kezholiman merupakan sebab turunnya adzab (Lihat Al Jadiid, hal. 140)

Bahkan Malaikat Pun Tidak Berdaya

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Apabila Allah hendak mewahyukan perintah-Nya, maka difirmankan-Nya wahyu itu dan langit-langitpun bergetar dengan keras karena takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Lalu apabila para malaikat penghuni langit mendengar firman tersebut pingsanlah mereka dan mereka bersimpuh sujud kepada Allah…” (HR. Ibnu Abi ‘Ashim di dalam As Sunnah, didho’ifkan Al Albani, sedangkan Al Arna’uth mengatakan derajat hadits ini hasan shohih)

Dalam Shohih Al Bukhori Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit maka para malaikat mengepakkan sayap-sayapnya karena patuh akan firman-Nya, seakan-akan firman yang didengar itu seperti suara gemerincing rantai yang ditarik di atas batu rata, hal itu memekakkan pendengaran mereka sehingga mereka jatuh pingsan karena ketakutan…” (Lihat Mutiara Faedah Kitab Tauhid hal. 93). Ini menunjukkan kepada kita bahwa para malaikat pun tidak memiliki kekuatan apa-apa tatkala harus berhadapan dengan kekuasaan Allah Ta’ala, mereka ketakutan bahkan pingsan hanya karena mendengar wahyu-Nya, lalu bagaimana lagi keadaan orang atau makhluk selain mereka? Maka sadarlah wahai para penyembah Ruhul Qudus betapa hinanya kalian menyembah sesuatu yang tidak menguasai apa-apa, adakah kejahilan yang lebih parah dari kejahilan semacam ini? Tidak ada artinya titel profesor dan doktor yang ada di depan nama kalian kalau masalah yang sudah amat gamblang ini pun kalian tidak bisa memahaminya.

Begitu pula orang-orang yang menjadikan wali yang telah mati sebagai perantara dalam berdo’a kepada Allah, yang memuja-muja batu yang bisu, yang mengeramatkan pohon karena katanya dulu pernah disinggahi orang sakti, yang merengek-rengek pada jin dengan olah kanuragan menggali tenaga dalam, yang rela membuang-buang harta di lautan untuk menghibur Ratu Laut Selatan supaya tidak marah. Siapakah sesembahan mereka itu, apakah mereka lebih mulia daripada para malaikat?! Tentu tidak, namun barangkali mereka lebih mencintai tradisi dan lebih mencari keridhoan tuan-tuan turis yang datang dari luar negeri, sehingga akidah yang suci ini pun rela mereka nodai. Wal ‘iyaadzu billah.

Kembalilah Kepada Akidah yang Murni

Saudaraku, semoga Allah merahmatimu, kita semua diciptakan Allah untuk mengabdi hanya kepada-Nya serta menolak sesembahan selain-Nya, karena segala yang dipuja dan disembah selain Allah adalah makhluk yang lemah dan tidak menguasai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Allah Ta’ala memerintahkan kita untuk bertauhid dan melarang kita dari perbuatan syirik. Allah ta’ala berfirman, “Sembahlah Allah (saja) dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.” (QS. An Nisaa’: 36). Dengan beriman kepada Allah dan mengingkari sesembahan selain Allah maka kita telah berpegang teguh pada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan pernah terputus. Allah Ta’ala berfirman, “Maka barangsiapa yang mengingkari thoghut (sesembahan selain Allah) dan beriman kepada Allah maka sungguh dia telah berpegang pada buhul tali yang amat kuat yang tidak tidak akan putus.” (QS. Al Baqoroh: 256)

Syirik Biang Permusuhan

Allah Ta’ala berfirman, “Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalaupun mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Dzat yang Maha mengetahui.” (QS. Faathir: 13-14). Di antara faedah yang bisa dipetik dari ayat ini adalah: Bahwasanya kesyirikan itu merupakan penyebab terjadinya permusuhan antara para penyembah dengan sesembahan-sesembahan mereka (Lihat Al Jadiid, hal. 138). Lalu apa gunanya meredam murka Nyi Roro Kidul sekarang jika di hari kiamat nanti toh kalian akan menemuinya dalam permusuhan. Wallahu a’lam bish showaab.

***

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi
Artikel www.muslim.or.id